home jalantar pasarseni tugunegara kualaselangor

Pasar Seni

 

Seterusnya kami ke Pasar Seni. Dari Jalan Tar kami berjalan ke stesen LRT Bandaraya dan kemudian kami tukar LRT di stesen Masjid Jamek dan dari situ LRT terus menuju ke stesen Pasar Seni. Lepas kami sampai ke stesen LRT Pasar Seni ramai yang berpusu keluar dari LRT termasuklah pelancong mereka siap menyuruh kami ambilkan gambar mereka.

Seterusnya dengan menggunakan kudrat kaki kami berjalan menuju destinasi kami iaitu Pasar Seni. Teruja tengok barang-barang cenderahati. Antara yang menarik perhati kami adalah Ais-krim ISTANBUL. Sedap sangat dan paling penting kita taka perlu ke Istanbul untuk makan ais-krim ini. Harganya pun boleh tahan, nama pun di Kotaraya.Satu cawan RM5.50 termasuk GST.

Nama pun hari minggu semestinya ramai orang yang tidak putus mengunjungi Pasar Seni ini. Ada yang bersama keluarga ada juga yang bersama pasangan ada juga yang bersendirian. Cenderahati dan hadiah yang dijual juga dijual dengan harga yang mampu dibeli orang para pengunjung. Pelbagai aksesori, hadiah dan barangan menarik seperti baju, tudung, gelang, karya seni dan makanan turut di jual. Bagi mereka yang meminati karya seni bolehlah datang ke sini. Di sini juga terdapat bahagian yang dinamakan Lorong Melayu di mana pakaian tradisional serta barang-barang asli kesultanan Melayu dijual. Alhamdulillah rezeki memang sangat memihak keluar je dari Pasar Seni ada pameran burung dari Sri Langka.