home jalantar pasarseni tugunegara kualaselangor

Kuala Selangor - Bukit Malawati

2 Jun 2015. Hari bersama keluarga , sekolah pun cuti jadi kami capai kata sepakat nak ke Kuala Selangor di mana aku pernah menetap semasa berumur setahun. Kuala Selangor ni sebenarnya antara Kota bersejarah tau terutama di Bukit Malawati tapi cerita asalnya tak banyak yang aku ketahui cuma apa yang boleh aku katakan, Bukit Malawati banyak tersimpan barang sejarah seperti rumah api yang di gunakan untuk memberi isyarat pada kapal yang berada di laut.

Kuala Selangor juga dekat dengan laut oleh kerana itu Kuala Selangor di jadikan sebagai salah satu sumber laut iaitu di Tanjung Karang. Tetapi hari tersebut tak sempat nak ke sana atas sebab ada urusan yang lain.

Kuala Selangor juga terkenal dengan lotong iaitu specis monyet yang banyak. Monyet-monyet ini sangat jinak, di sekeliling perkarangan muzium di Bukit Malawati terdapat beberapa orang yang menjual makanan untuk diberi kepada monyet-monyet tersebut.

Yang lebih menarik lagi di sini juga tempat dimana terletaknya salah satu Baitulhilal. Baitulhilal merupakan tempat dimana muslim melihat anak bulan untuk menentukan tarikh-tarikh yang penting contohnya tarikh puasa.

Antara barang-barang sejarah yang menarik yang ada di sini adalah meriam yang digunakan semasa zaman penjajah dahulu. Di dalam muzium pula terdapat artifak-artifak lama seperti seterika lama, syiling lama dan pakaian zaman penjajahan dahulu tetapi malangnya tidak dibenarkan mengambil gambar.