![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jalan Tar23 June 2015, terasa ingin berjalan luaskan pandangan dalam masa yang sama aku rasa nak membeli belah so aku telefon Fuza iaitu teman baikku untuk mengajak dia bersama. Kami memulakan perjalanan dari Kereta Api Tanah Melayu (KTM) stesen Kepong Central dan turun di stesen Bank Negara. Jalan Tar merupa satu tempat membeli belah yg sangat terkenal di Kuala Lumpur. Disamping harga barangan yang murah kita masih boleh tawar-menawar. Di sinilah syurga bagi wanita apabila pakaian seperti baju, tudung dapat dipilih tanpa ragu. Aku tanpa membuang masa memulakan aktiviti meronda seluruh kedai. Sambil berjalan mencuci mata ternampak budak badut. Badut itu menyanyi di hadapan kedai-kedai bagi mendapatkan duit. Kemudian aku dan Fuza meneruskan perjalanan ke lorong-lorong di Jalan Tar dan membeli makanan bagi mengisi perut kami yang mula memainkan lagu keroncong. Disebabkan agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini tidak banyak perubahan yang ada tetapi gerai jualan makin bertambah, mungkin sebab cuti. Tapi paling membuatkan kami teruja adalah JUALAN HEBAT DAN MURAH!! apa lagi serbulah. Makan dan minuman pun banyak yang dijual antaranya kebab turkey, pakcik yang jual tu baik kebabnya pun sedap. Aku cuba kebab ayam memang syok harganya pun murah. Tadaaa, ni la kebab tu ^^
Tengah jalan-jalan, sambil makan dan cuci mata ternampak Produksi TV3 tengah buat penggambaran drama Chef Ramadhan yang bakal ditayangkan pada Ramadhan ini. Jeng jeng jeng, Fuza yang sememangnya minat benda macam ni tanpa segan silu menegur. Alhamdulillah pihak Produksi senang melayan kami, rasa macam Allah bagi rezeki lebih pula hari itu. Dapat jumpa Talha Harith! sapa Talha ni? Dia ni pelakon, bagi yang tak mengenali dia pernah berlakon drama Setia Hujung Nyawa sebagai Hady. Terujanya Allah sahaja yang tahu. Sempatlah juga menemu ramah pihak produksi tentang kerja mereka. Langkah kanan sangat, dapatlah bergambar dengan adik-adik dan Talha. Apa pun perjalanan di Jalan Tar ni berakhir dengan TERbelinya tudung-tudung dengan harga yang murah. Alahai pantang ada diskaun!
|